PUTRAJAYA, 15 JAN: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara Malaysia mencapai antara 105.8 juta hingga 112.9 juta penumpang tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Jadual kekerapan perkhidmatan bas dan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang dikurangkan 30 minit pada waktu puncak masing-masing mulai 17 Januari dan 20 Januari ini.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
PUTRAJAYA, 2 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Januari.
PUTRAJAYA, 2 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan selama enam bulan bermula esok, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
PUTRAJAYA, 24 DIS: Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di Melaka malam tadi yang mengakibatkan tujuh maut dan 33 cedera berpunca tayar lori treler tercabut, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah Suruhanjaya Tenaga (ST) antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres yang menyebabkan kematian remaja berusia 18 tahun.
SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan berhasrat menambah jumlah peserta program MyLesen tahun depan bagi membantu lebih ramai golongan sasar memiliki lesen memandu sah.
SHAH ALAM, 7 NOV: Penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres dilarang sementara waktu susulan kejadian seorang remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik di Pulau Pinang, minggu lalu.
SHAH ALAM, 5 NOV: Kerajaan akan meneruskan usaha pencarian pesawat MH370 di dasar laut dengan melaksanakan rundingan bersama sebuah syarikat di United Kingdom, Ocean Infinity.
SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 52,030 pelajar institut pengajian tinggi awam, politeknik, matrikulasi, kolej komuniti dan institut pendidikan guru menerima subsidi pembelian tiket penerbangan FLYSiswa, tahun ini.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Semua kenderaan yang dikuasakan dengan gas asli mampat (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya bermula 1 Julai 2025.
PUTRAJAYA, 3 NOV: Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang pada Jumaat lepas.
PUTRAJAYA, 2 OKT: Syarat Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) yang bermula semalam dilonggarkan serta-merta berikutan keluhan orang ramai yang tidak layak menyertai program itu.
PUTRAJAYA, 2 OKT: Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
SEPANG, 3 SEPT: Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
SEPANG, 3 SEPT: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula menjelang 31 Januari 2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
SEREMBAN, 4 OGOS: Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pemandu treler dan pemilik syarikat berdepan tindakan undang-undang tegas, susulan rempuhan di sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin, Pahang sehingga menyebabkan kematian dua beradik, semalam.
SEREMBAN, 3 OGOS: Program peralihan khas lesen B penuh kepada pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 dibuat setelah mempertimbangkan pelbagai faktor dengan teliti.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.